Tuesday, September 25, 2007

Aku dan Sesuatu...2

Atas permintaan, aku ceritakan secara lebih terperinci cerita dengan tajuk yang sama sebelum ini. :-) berlaku di makamal komputer sekolah aku..dan bangunan itu mmg dikatakan ada 'penunggu', bukan nya pak guard sekolah...itu orang, yang ni lain...
Ceritanya telah lama menjadi buah mulut dikalangan guru2 sekolah aku...masa aku mula2 masuk tu langsung tak terfikir pun...masa di awal kemasukan aku di sekolah ini, aku selalu lepak di makmal ni kadang2 sampai malam....tetapi masa tu berteman, dan aku belum tahu lagi kisah ni...dan selalu jugak masa tu sebelum balik ke rumah, aku pasti terlihat lampu di bilik muzik(tingkat 3) sentiasa terbuka. Pernah jugak aku bagitahu pak guard, suruh dia off kan lampu tu...ok, dia off kan..bila balik jer, tgk2 dah on lagi...:-) masa tu aku andaikan kerosakan litar je...heheh...walaupun tiada penjelasan logik, melainkan ada orang kat atas tu....:-) lama jugak aku biarkan isu tu..tetapi, akhirnya terbuka la kisah silam kawasan ni.
Cita ni diceritakan oleh pak guard yg sememangnya orang lama di kpg ini. Sebenarnya kawasan blok baru bangunan sekolah aku ni dulunya sebuah hutan...ada sebatang pokok besar disitu (hairan gak, asal citer antu mesti ada pokok besar). Di zaman Jepun (kalo tak silap aku) pernah seorang perempuan mati dibunuh disitu(aku tak ingat sangat versi citer ni, ada yg ckp tak lama sebelum sekolah ni dibina).
Bermula dari kisah ini, kawasan ni mula ber'penunggu'. Dan ia mendiami bilik muzik sekolah aku (memang dia minat muzik, sebab ada sorang budak kelas aku yg bleh tgk benda2 ni, dia bgtau yg benda tu akan berenti kacau dia kalo ada org main alat muzik kat situ, benda tu konsentrate ngan cikgu yg main muzik tu).
Dan aku mula mengetahui sedikit demi sedikit pengalaman guru2 yg lama mengajar di sini. Pernah seorang guru ni diganggu semasa tgh sibuk menanda buku di bilik guru...siap cuit2 lagi...heheh..Baru-baru ni, sorang cikgu perempuan ni lambat balik..tgh tunggu cikgu sorang lagi yg g kusus, dia tumpang cikgu ni balik umah. Masa leka menanda buku tu dia dgr la kwn dia ni panggil dia dr luar, so dia sambut la,..then kwn dia ni pun masuk la bilik guru, "Tunggu kejap, aku nak siapkan keja ni sikit", kata cikgu ni kpd kawan dia....kwn dia diam je..terus duduk kat sofa. Bila dah siap keja, cikgu ni bgn dan beredar la, tgk2 kat sofa tu takder plak kwn dia tu..dia panggil2 la...takder gak..."maybe dia dah tunggu kat keta kot" bisik hati kecil cikgu tu...heheh..tapi bila g kat parking, sah..kwn dia ni tak datang lagi...dia gi tanya la cikgu pra sekolah yg kat sebelah bilik guru. Lansung takder pun kwn cikgu tu datang....Cikgu ni dah gegar dah..so nak pastikan, dia kol la kwn dia ni...heheh...jeng..jeng..jeng... Kawan dia tak balik lagi...masih kusus...abis tu, sapa yang datang tadi?...Lepas tu cikgu tu demam 2 ari..:-) (patut la cikgu tu tak dtg 2 ari..aku tak tau pun citer tu, lepas dia dtg balik bru dia citer...seram siol)
Antara kejadian lain yg masyhur di sekolah ni, misteri telefon sekolah berbunyi di kala 2 pagi, masa kusus motivasi sekolah...hahah...bila angkat, langsung takder bunyi (aku pulak yg rasa seram ni)...penah gak pintu2 bilik guru di buka dan di tutup dengan penuh emosinya oleh benda ni..:-) Setahun kat sini, aku tak lalui apa2 pun (kecuali lampu bilik muzik tu).
Tahun kedua disini, aku mula melalui saat genting ni..hahaha...mcm ye je...dan semuanya berlaku di makmal komputer ni..aku tak bg tau cikgu lain pun..cuma lepas sorang ustat ni tanya aku, kat makmal ni ada perakam suara ke?..hahah..rupa-rupa nya ustat ni dgr suaraa budak2 kat lam makmal ni masa dia wat keje di suatu petang...then aru la aku citer, aku penah gak kena kacau kat situ...aku kena kejut masa aku tido...giler siot...aku masa tu tgh surf kalo tak silap aku, then aku ngantok sangat, aku tido la dpn komp tu...sedap jer tido, tetiba seseorang menepuk bahu ku...terus aku terjaga...ingatkan sapa, langsung takder orang pun...gile ape, aku terus jalan laju2..kunci n blah...
Dan kejadian hampir sama berlaku lagi baru2 ni, itu yg aku ceritakan kat lam blog aku sebelum ni...Aku tgh tekun menanda buku murid petang ahad tu...tetiba rasa ngantuk plak, aku tido jap...pastu aku bgn balik, baru rasa segar ckit....:-) aku mula balik tanda buku, dan tanpa disangka-sangka, tetiba je ada orang berdiri di sebelah kanan aku (sebelah kiri pintu, kalo ada org masuk mmg aku leh tgk pun)...gila mamak, terkejut aku...aku toleh je, terus lesap....aku tgk macam rupa PK 1 sekolah aku...hahaha....anyway, itu la pengalaman paling angker aku kat sini...tanak la jumpa lagi lepas ni...hehehe...itu je, anyway, byk lagi yg aku tak citer, semuanya pengalaman cikgu2 kat sini....:-) Wassalam...jangan biarkan diri anda dalam MISTERIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...............

No comments: