Monday, July 9, 2007

Nani dan Nina?????

Beberapa minggu lepas sekolah aku digemparkan dengan sorang murid pengsan selepas rehat. Saksi mengatakan dia terlihat 'sesuatu' di tingkat 4 bangunan baru sekolah. Dan muncullah nama nina dan nani. Sehingga hari ini, murid yang sama akan pengsan atau keletihan setiap kali selepas melihat bayangan nani dan nina. :-0

Sebenarnya murid ni dalam kelas aku. Aku sebagai guru kelas, pernah gak tanya mak dia, kenapa jadi macam tu. Khabarnya, selepas berjumpa dgn bomoh, kata bomoh tu budak ni dah di singgahi makhluk halus. Then budak ni kecik je, so tak dapat nak tampung bebanan tu lah murid ni selalu pengsan n keletihan.. :-)

Aku dengar cerita ni seram sejuk je..dah la lam makmal sorang22...sejuk plak tu sebab ekon pasang. hahaha.....

Anyway..semoga budak tu lekas sembuh.... :-)

No comments: